Selepas kejatuhan Presiden Mesir – Mubarak – yang
memerintah Mesir hampir 30Tahun dan memerintah secara kuku besi,rakyat
Mesir memerlukan perubahan dalam negara mereka sendiri.Perubahan yang
mencakupi segala aspek,dan meletakkan Islam sebagai lambang perubahan
mereka.
Alhamdulillah,bulan lepas menyaksikan pertembungan
yang agak sengit antara calon-calon yang bertanding.Terdapat dua
kumpulan yang berbeza dalam pencalonan,iaitu satu dari kumpulan
Islamis,satu lagi cenderung kepada Mubarak(kuku besi).
Alhamdulillah,24 June 2012 yang lepas Dr.Morsi dari
calon FJP(Fredom Justice Party) atau IM(Ikhwan Muslimin) telah berjaya
mengatasi pesaing terdekat beliau iaitu Ahmad Syafiq dari calon
Fulul(saki baki Mubarak).
Hampir 83 tahun perjuangan Imam Syahid Hassan al-Banna
dalam menegakkan islam di bumi Mesir dan akhirnya sekarang membuahkan
hasil selepas kemenangan Dr.Morsi dalam tampok pemerintahan di Mesir.
Sekaligus membuatkan ramai pihak terutama negara-negara Islam memberi
ucap tahniah atas kejayaan pemerintahan islam di Mesir dan membuatkan
musuh-musuh Islam,Israel dan Amerika merasa bahang kebangkitan Islam di
Mesir.
Kemenangan Dr.Morsi merupakan salah satu dari tangga-tangga kejayaan Islam di Dunia
yang mana kita sedia maklum Dunia sekarang di perintah kuat oleh
Amerika.Sehinggalah kejayaan Islam ini datang bertitik tolakkan dari
kejayaan ustazi’atul a’lam itu sendiri.
Dr.Morsi merupakan Presiden ke 2 di Dunia yang menghafal al-Quran sepenuhnya selepas Presiden Palestin iaitu Ismail Haneya.
Bukan beliau sahaja yang menghafal al-Quran malah semua anak-anak dan isterinya turut menghafal al-Quran.
Begitulah kehebatan dan ketokohan Presiden Mesir yang baru Dr.Morsi
yang sepatutnya pimpinan di Malaysia wajib contohi agar negara-negara
islam mula bangkit bagi mengembalikan Dunia islam.
Tahniah buat warga Mesir
Tahniah buat Dr.Morsi
Tahniah buat warga Malaysia yang sentiasa ‘update’ pilihanraya mesir.
SUMBER: Posted on 26 June 2012 by amirul razali
No comments:
Post a Comment