Assalamualaikum

Semoga Mendapat Manfaat Bersama


Sunday, August 21, 2011

10 malam terakhir!!



PENGERTIAN

Qiyamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.

SEJARAH QIAMULLAIL

Pada awalnya qiamullail wajib bagi rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-10)
Namun setelah setahun disyari’atkan amalan itu menjadi sunad muakkad bagi setiap umat Islam .Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (Lihat surah al-Muzammil 20)


HIKMAH QIYAMULLAIL

· Meningkatkan keimanan individu
· Meninggikan darjat disisi Allah
· Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
· Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
· Melatih diri menjadi insan bertakwa
· Melatih diri menperbanyakkan amalan sunat
· Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
· Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
· Melatih diri mengharap keredhaan Allah
· Memberi ketenangan jiwa (emosi)
· Memberi kesihatan (fizikal)
· Menajamkan akal fikiran
· Meneguhkan kekuatan rohani
· Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya.
· Melatih diri bersikap khauf(takut) dan roja’(berharap) kepada Allah .
· Dan lain –lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-hamba ikhlas dan istiqamah

KELEBIHAN QIAMULLAIL

· Dimakbulkan doanya dan masin perkataan.
· Tenang hati dan fikirannya
· Dimurahkan rezeki
· Dihormati masyarakat
· Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
· Jika dia pemimpin ,dia akan disegani
· Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah . Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya)

WAKTU-WAKTU QIYAMULLAIL

Waktu untuk solat malam ialah selepas isya’ sehingga sebelum masuk subuh. Bagi solat tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.
Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.
“Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya.Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari”
H.R. Jamaah selain At-Tarmizi

PANDUAN BANGUN AWAL

· Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak makan makanan yang berat selepas waktu Isya’
· Tidak melakukan bekerja terlalu penat pada waktu siang.
· Elakkan diri daripada melakukan daripada melakukan maksiat
· Berniat ikhlas mengharap keredhaan Allah
· Membaca tiga ayat terakhir Surah al-Kahfi dan niatkan dalam hati agar dapat bangun pada waktu yang diniatkan
· Mematuhi adab-adab tidur

ADAB-ADAB QIYAMULLAIL

· Berniat sebelum tidur untuk Qiyamullail
“Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya”
H.R. An-Nasai dan Ibn-Majah
Sanad Sahih daripada Abu Darda’ R.A.
· Tidur mengikut adab-adab yang digariskan
· Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada tidur
· Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa(rujuk buku panduan qiamullail) dan membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran
· Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah seberapa banyak yang disukai
· Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berqiyamullail
“Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-orang yang mengingati Allah”
H.R. Abu Daud
Sanad Sahih drp Abu Hurairah R.A.
· Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang perasaan mengantuk
· Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali darurat.
· Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.

AMALAN-AMALAN SUNAT KETIKA QIYAMULLAIL

· Solat sunat tahajjud
“dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat ditempat yang terpuji.”
Al-Isra’ 79
“Sebaik-baik solat selain drp solat fardhu ialah solat malam”
H.R. Muslim
· Solat sunat tasbih, taubat, istikharah,hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak, dan solat sunat yang lain.
· Solat witir
· Berzikir, bertasbih dan bertahmid
· Membaca al-Quran
· Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah

PENUTUP

Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang –orang soleh,dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik –baik ganjaran ,nikmat ,dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.

Sunday, April 3, 2011

4 Perkara baik dan terlebih baik-Hadis

Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik tetapi terlebih baik :


Sifat malu pada lelaki adalah baik, tetapi terbaik jika sifat tersebut terdapat pada wanita.

Keadilan adalah sifat yang baik pada setiap orang, tetapi sifat tersebut terlebih baik jika terdapat pada seorang pemimpin.

Taubat seorang yang sudah tua adalah baik, tetapi taubat seorang pemuda adalah terlebih baik.

Derma dari seorang jutawan adalah baik, tetapi terlebih baik jika derma adalah dari seorang yang fakir.

1001 Feqh Nasihah, m/s : 20.

Sunday, January 9, 2011

Episod Si Lurus Bersih Hati

Assalamualaikum..satu lagi cerita dipetik dari buku Prof.Madya Ghafarullahuddin Hj. Din.. Begini...

Dua orang asli yang menaiki motor masing2 dari arah yang bertentangan telah bertembung dengan satu sama lain. Seorang polis yang kebetulan berada dikawasan berkenaan bertanya kepada kedua-duanya, "macam mana boleh jadi begini?" Kedua-dua serentak menjawab, "tak tahu, Tuk...kami sama-sama sampai!".

Pengajaran: Demikian lah sifat orang lurus...mereka tidak tahu menyalahkan orang lain. Etika begini perlu dipelajari oleh semua orang agar tidak hanya tahu menyalahkan orang lain sahaja. Ambil kiralah juga aspek takdir!.

MOTIVASI KEBERANIAN

Assalamualaikum..cerita yang saya nak sampaikan ni dipetik dari Prof.Madya Ghafarullahuddin Hj. Din. Iaitu prof dari UiTM Shah Alam ditempat saya belajar. Begini ceritanya..
Sekumpulan para suami yang darjah ketakutan mereka kepada isteri masing2 amat luar biasa pergi menemui pakar motivasi untuk mengubati penyakit yang amat serius ini. Setelah mengikut kursus yang dikendali pakar motivasi berkenaan, para suami yang amat takutkan isteri itu telah mendapat suntikan baru yang amat luar biasa. Kesemua mereka diberi peluang untuk berucap, telah berucap dengan semangat yang berapi-api, yang  rata2 nampaknya sudah tidak takut pada isteri lagi. Ketika suami yang darjah ketakutan kepada isteri paling terserlah hendak berucap, tiba2 diumumkan pihak urusetia kursus bahawa isteri para peserta sedang berada diluar dan sedang mara menuju ke dewan. Mendengar pengumuman ini, semua peserta habis cabut lari menyelamatkan diri drp isteri masing2 kecuali yang sednag memegang mikrofon dengan gaya yang begitu semangat hendak berucap. Menyedari suami yang paling penakut ini masih di dewan dan tidak lari keluar, para peserta lain sepakat bepandangan bahawa pakar motivasi betul2 hebat kerana teah berjaya memberi semangat baru kepada pesertanya itu. Tatkala semua isteri para suami memasuki dewan, mereka hanya melihat suami yang paling penakut tadi berdiri gagah memegang mikrofon. Isterinya juga kehairanan melihat suaminya yang tidak lagi menunjukan sebarang ciri ketakutan terhadapnya. Apabila didekati, rupa2nya sudah kaku. Mati. 
p/s: Alangkah indahnya jika sifat setakut ini hanya dikhususkan untuk Allah Subhanahu wa Ta'ala..