Assalamualaikum

Semoga Mendapat Manfaat Bersama


Sunday, March 2, 2014

Hadis Palsu Tentang Rokok




ISU:

Mohon penjelasan status hadis tentang rokok seperti yang terkandung dan edaran Buku Haram Rokok oleh Adil Akhyar muka surat 12 seperti berikut; Rasulullah s.a.w pernah bersabda (maksudnya) : "Kelak... akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka" Abu Hurairah r.a yang mendengar sabda tersebut bertanya: "Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?" Sabda Rasulullah s.a.w:"Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis: Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis: Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah.Allah berfirman:Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau." Nabi bersabda lagi: "Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji." Pamplet berkaitan dengan hadis ini telah tersebar luas melalui laman sosial dan saya mohon pihak tuan untuk memberikan maklum balas berkaitan dengan status hadis ini.
PENJELASAN:

Hadis tersebut adalah palsu yang tidak direkodkan dalam kitab-kitab hadis. Fatwa Lajnah Daemah Arab Saudi diajukan soalan berkenaan status hadis tersebut, menjawab, "Hadis ini tidak ada asal baginya dalam mana-mana kitab sunnah Muhammadiyyah. Malahan ia adalah palsu ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam". (22/199, fatwa no. 2312).
Walau bagaimanapun dari sudut hukum merokok, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi   Hal al Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 ketika membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam, telah memutuskan bahawa ia adalah haram. Ia berdasarkan banyak hujah dan keterangan yang meliputi dalil-dalil syarak, kaedah-kaedah fiqhiyyah dan alasan-alasan kesihatan.
Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment