Olimpik
London 2012 dikaitkan dengan agenda Zionis dan Illuminati untuk
menyebarkan dakyah-dakyah mereka sebenarnya. Perkara itu disahkan lagi
dengan banyak pendedahan tentang perkara ini. Malah, melihat kepada
pelancaran upacara sukan tersebut kelmarin jelas membuktikan ia ada
kaitan jelas dengan Illuminati dan Freemason. Betulkah sampai begitu
sekali? Olimpik dan Yahudi?
Sebelum ini Iran mengancam akan
memboikot Sukan Olimpik 2012 London kerana mendakwa logo rasmi untuk
sukan Olimpik 2012 itu menyerupai kata “ZION,“ yang merupakan istilah
alkitabiah bagi Jerusalem.
Bahram Afsharzadeh, setiausaha agung
dari Jawatankuasa Olimpik Nasional Iran, mengatakan dia menghantar surat
kepada presiden IOC Jacques Rogge di mana ia mengutuk logo tersebut
sebagai “rasis“ dan menyeru kepada negara-negara Muslim lain untuk
bersama membantah.
Majlis pembukaan rasmi sukan Olimpik 2012
dipengaruhi unsur Majusi versi moden, moscot dajjal mata satu dan unsur
illuminati/freemason dikesan digunakan secara meluas.
Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. !
Dan
yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh
sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak
lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara
perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi.
Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin
Pada
ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara
berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi
tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi
sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran
hadis nabi saw. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka
tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat
Islam dari sepanjang masa.
Di dalam laman web JewishNational
Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana
khas untuk penanaman pokok. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk
menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk
puak-puak Yahudi ini tinggal.
Jika 2012 itu diubah kepada huruf
dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam
kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi
huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012
atau Olimpik London ZION.
2012 = ZOIZ = ZIOZ =ZION
Zion
sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang
diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak
kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi
menguasai dunia.
Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadhan ini.
Ada beberapa hadis sahih tentang dajjal dan juga Yahudi Laknatullahi Alaih..
Kisah Dajjal
Hadis
yang dipaparkan adalah pengumpulan hadis-hadis mengenai perihal Dajjal.
Pentingnya perkara Dajjal ini adalah kerana berdasarkan sebuah hadis;
Dari
Ibnu 'Umar berkata : "Kemudian Nabi saw berdiri di hadapan manusia,
lalu memuji Allah yang Dia satu-satunya yang paling berhak dipuji
kemudian Beliau menyebutkan masalah ad-Dajjal dan bersabda: "Sungguh aku
mengingatkan kalian tentangnya dan tidak ada seorang Nabi pun kecuali
telah mengingatkan kaumnya tentang Dajjal itu. Sungguh Nabi Nuh
'Alaihissalam telah mengingatkan kaumnya. Akan tetapi aku katakan kepada
kalian tentangnya yang para Nabi (sebelumku) belum pernah
mengatakannya, iaitu bahawa ad-Dajjal itu a'war (buta sebelah matanya)
dan sesungguhnya Allah tidaklah buta sebelah". [2829] Sahih Bukhari.
Perkataan
‘tidak ada seorang Nabi pun kecuali telah mengingatkan kaumnya tentang
Dajjal’ bermakna perkara mengenai Dajjal ini sangat-sangat penting. Maka
dengan itulah kami cuba mengumpulkan seberapa yang ada mengenai
hadis-hadis perihal Dajjal (tidak semua). Hadis mengenai kedatangan
Dajjal ini adalah mutawatir, mengingkarinya boleh menyebabkan kekufuran.
Perlu
diingat, bahawa Dajjal itu bukanlah hawa nafsu atau bentuk-bentuk yang
pelik sebagaimana terdapat beberapa kisah mengenainya, tetapi Dajjal itu
seperti susuk tubuh manusia biasa dan buta sebelah matanya serta
dikurniakan perkara-perkara ajaib oleh Allah yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana sebagai ujian terbesar kepada umat manusia.
Terdapat
beberapa ratus hadis mengenainya termasuk yang berulang dan daif. Kami
hanya memilih dari riwayat yang terkuat dan hadis-hadis yang berulang
tidak dimasukkan kecuali sebab-sebab tertentu, seperti menguatkan hadis
yang lain atau penambahan dari perawi yang kuat hafalannya. Perlu
diingatkan sekali lagi, kami tidak meletakkan seluruh hadis mengenai
Dajjal di sini. Wallahu'alam." - Ridhuan HelangSenja
"Assalamualaikum...
artikel dibawah kredit kepada Ahmad Munawwar kerana tag artikel ini
kepada saya di facebook. Sebuah peringatan kepada umat manusia terutama
di akhir zaman ini....
Pada satu ketika, Rasulullah s.a.w telah
bangun di kalangan orang ramai, dan telah menyebut tentang kebesaran
Allah s.w.t dengan selayaknya, dan menyebutkan tentang perihal Dajjal
Al- Masih dengan sabdanya: " Daku memberi amaran kepada kamu tentangnya
yakni Dajjal dan tiada satu nabi pun yang tidak memberi amaran kepada
umatnya tentang Dajjal. Nabi Nuh telah memberi amaran kepada kaumnya
tentangnya, tetapi daku memberitahu kamu satu kenyataan yang tiada
seorang Nabi pun yang tidak mengingatkan kaumnya. Kamu haruslah ketahui
bahawa ia adalah bermata satu dan Allah tidak bermata satu." Asal hadis
ini telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari, di atas autoriti Salim.
( Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Jilid 3, Musnad Ahmad 57, 1353-1355 dan Muslim, 2930-2931).
Muslim
juga telah meriwayatkan Hadis Ubaidullah Ibnu Umar Al Amiri di atas
autoriti Nafi', di atas autoriti Ibnu Umar bahawa Rasulullah menyebutkan
Dajjal di hadapan orang ramai bersabda: " Allah s.w.t tidak bermata
satu, tetapi Dajjal Al- Masih buta sebelah kanan matanya dan matanya
kelihatan seperti buah anggur yang terkeluar."
( Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim, ms. 2247-2248 dan Al Bukhari, Musnad Ahmad, 3439-7123).
Imam
Muslim meriwayatkan sebahagian daripada hadis Syukbah, bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda: " Tiada seorang nabi pun yang tidak memberi
peringatan kepada umatnya daripada si pendusta bermata satu iaitu Dajjal
Al- Masih. Ia adalah bermata satu manakala Tuhanmu tidak bermata satu.
Perkataan " Kafir" (Kaf,fa,ra) tertulis di antara kedua matanya".
(Diriwayatkan
juga di dalam Al-Bukhari (7131) dan Muslim(2933) menurut dari autoriti
Syukbah,tetapi perkataanya adalah oleh Muslim. Sanad Hadis ini adalah
sahih).
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah
s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda
banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya
tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain
daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh
Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang
terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak
mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang
sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai
pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka
setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga
orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu
tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu
cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini
akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan
oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti
Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi
sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah
bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati.
Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak
sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis
‘kafir’, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau
buta huruf.
“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga
dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu
neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan
nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah
dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk
sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di
antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya
aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal
dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu
akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah
atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama.
Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya
dialah Tuhanmu.”
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang,
iaitu dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang
ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang
akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup
semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang
yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku
adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti
lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi
darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu
dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan
pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya
tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia,
Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak
mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu
tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu
datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung
itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di
tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada
kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal, kecuali
Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal
kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran
Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan
di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika
itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi
tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang
yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari
pembersihan kota Madinah.”
Dalam hadis yang lain, “di antara
fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat
kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka
disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan
hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat
mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya.
Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya
menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan
tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman
mereka subur.”
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w
bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu
tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak
dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak
dipercayai.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w
ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu
datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup
memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota
Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah
(lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar
meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika
itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan
kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”
Diriwayatkan
oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah
satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis.
Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya
menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya
takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal
datang
pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari
gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak
buta dan cacat.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah
s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada
agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari,
yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa
bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian
hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”
Ada yang bertanya: “Ya
Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami
solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak
solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal itu nanti
akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan
dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil
ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu
atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan
matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin
supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.”
Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu
cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w
bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di
tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti
apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun.
Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah
bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”
Fina: Artikel ini
diposkan untuk memberi peringatan, supaya umat manusia lebih
berkesedaran. Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Adakah kita cukup
kuat untuk menghadapi fitnah dajjal?"
Waallahu 'allam..
Adopted by- Ridhuan HelangSenja