Assalamualaikum

Semoga Mendapat Manfaat Bersama


Sunday, December 26, 2010

Didikan Para Nabi Terhadap Anak-Anak

Sebahagian sejarah kehidupan para nabi telah disebutkan dalam al-Quran menyatakan perihal penekanan aqidah yang diterapkan dalam pendidikan terhadap anak2 seperti:


  • Kisah Nabi Nuh as dalam surah Hud ayat 42 yang bermaksud:

“(mereka semua naik) dan bahtera itu pun bergerak laju mbawa mereka dalam ombak yang seperti gunung ganang dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: “ wahai anakku, naiklah bersama2 kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang2 yang kafir”.

Ayat ini jelas emnunjukan sikap bertanggungjawab seorang bapa tanpa jemu berusaha menyelamatkan akidah anaknya daripada kufur keada Allah.


  • Dalam surah Al-Baqarah ayat 132 pula:
“ Dan Nabi Ibrahim pun berwasiatkan dengan agama itu kepada anak2nyadan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kpd anak2nya) katanya: “wahai anak2 ku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama Islam ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”.

  • Dalam surah Luqman ayat 13:

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kpd anaknya, semasa ia mmberi nasihat kepadanya: “ Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.

  • Rasulullah SAW sendiri pernah mengingatkan Ibnu Abbas dengan sabdanya:

“Wahai anak, aku mengingatkan kamu beberapa perkara: “Jagalah Allah, nescaya Dia menjaga kamu. Jagalah Allah, nescaya kamu dpati Dia dihadapanmu. Apabila kamu memohon, pohonlah dengan Allah dan Apabila kamu meminta pertolongan, mintalah dengan Allah….”.




No comments:

Post a Comment