Ketepikan sekejap perbincangan mengenai IT di
JomPHP, kerana ada isu penting dan serius yang ingin disampaikan. Kalau
anda bukan duduk di bawah batu, pasti ada terdengar berita mengenai
revolusi rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak.
Ketahuilah
bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau
anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang
berlaku secara terperinci. Asyik2 isu fasha sandha yang tak
habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email
rakyat dengan ucapan CNY.
Kalau anda membaca post ini, harap
boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh
biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan
keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di
sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat
melakukan tindakan yang sewajarnya.
edit: angka sebenar jumlah
pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan
terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.
Ringkasan
: Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat
menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan
daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur
tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk
ber-demo.
Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir
selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah
pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga
menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini
dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua
baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.
1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
Rusuhan
berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan
tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun
boleh jadi mangsa tanpa sedar.
2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah
beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi
telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk
berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.
3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara
kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas
dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa
banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2
banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
sumber: http://goo.gl/KDkfI
4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar
berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol
dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal
dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan
maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia
memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan
tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu
tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi
masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh,
kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time
kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka
dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut
sebab tak dapat rawatan sebetulnya.
6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar
Lapangan
terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak
yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya
mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta
serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat
juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.
7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita
memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja
di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak
tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email
dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting
kita nak maklumat ini tersebar.
9. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
2. What’s happening in Egypt
3. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
4. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir
SUMBER: http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html
No comments:
Post a Comment